MYDISTRESS – Aplikasi Pintar Dari PDRM



MYDISTRESS – Aplikasi Pintar Dari PDRM
Terbaharu dari PDRM mereka menyediakan satu aplikasi khas yang diberi nama MyDistress untuk pengguna iPhone. Aplikasi ini bertujuan membantu rakyat apabila menghadapi situasi mencemaskan dan berada didalam keadaan yang merbahayakan. Bagi aku aplikasi ini sangat bagus dan menyediakan perkhidmatan terpantas apabila didalam kesusahan. Ye lah kan bila seseorang berada dalam keadaan cemas dah tak ingat dah nak call polis kadang-kadang tu sampai nombor polis 999 pun boleh lupa. Apabila menggunakan aplikasi ini korang tak perlu nak mendail atau bercakap dengan polis cuba hanya menekan satu butang dan segala maklumat tentang lokasi anda akan disambungkan ke Polis PDRM.
Aplikasi ini dibekalkan kepada pengguna secara percuma oleh NKRA Polis Selangor dan buat masa ini kawasan liputan hanya untuk Selangor sahaja. Mungkin ini baru permulaan dan aku percaya jika aplikasi ini mendapat sambutan pihak mereka pasti akan meluaskan liputan ke seluruh Malaysia.
Download Apps MYDISTRESS : http://itunes.apple.com/my/app/mydistress/id449839694?mt=8

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.