AKTIVITI HEM 2013

Pada tahun ini pelbagai aktiviti akan dilaksanakan oleh Majlis Permuafakatan HEM Kuala Selangor. Antaranya ialah Lawatan Penanda Arasan di Sekolah terpilih. Program ini akan diketuai sendiri oleh Pengerusi Majlis Permuafakatan HEM iaitu EN Mukharita. Sementara itu, pembelian baju batik akan diuruskan oleh Pn Latifah. Manakala Jamuan Meraikan PK HEM yang naik pangkat seperti En Ishak Itam dan Pn Normawati Md Job akan diuruskan oleh Pn Musalwah. En Mohd Yatim selaku PPD Pembangunan Kemanusiaan pula akan uruskan dialog berkaitan pengurusan disiplin . Bagi menambah dana semua PK HEM menyumbang RM50 bagi melicinkan lagi program yang telah dirancang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MESYUARAT PK HEM 2013

Pada 27 Febuari 2013 telah diadakan mesyuarat Permuafakatan PK HEM Kuala Selangor. Banyak Isu dan perkara yang dibincangkan bersama PPD Pembangunan Kemanusiaan En Mohd Yatim bin Abdul Karim. Antara Isunya ialah: 1. Setiap sekolah di Kuala Selangor perlu mengadakan program sifar ponteng bagi memastikan KPI pengarah pada tahun ini terlaksana. 2. Pengurusan SPBT sekolah perlu dilaksanakan dengan berkesan. Pastikan semua guru SPBT sekolah masing2 update data GOOggle.doc 3. Setiap PK HEM perlu peka dan sentiasa mengemaskini segala data yang diperlukan oleh PPD & JPS 4. Pengurusan Murid Bukan Warganegara perlu juga diambil perhatian agar pihak pengetua tidak dikenakan tindakan tatatertib. 5. Satu sesi dialog akan diadakan antara PK HEM dengan pegawai dari unit disiplin JPS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS